Thursday, January 29, 2009

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Credit diberikan kepada Fitrah Power.

Trisha kata : Perkara pertama yang Trisha lakukan semasa membaca artikel ini adalah bertanyakan pada diri adakah Trisha sudah melakukan apa jua yang diperkatakan. Ibu mertua adalah ibu kita juga. Bezanya dia melahirkan suami/isteri kita. Namun begitu, Trisha selalu ingatkan diri bahwa tanpa dia melahirkan suami Trisha , mana mungkin Trisha akan menemui jodoh dengan suami Trisha.

Ikhlas kata , Trisha jarang berbual-bual dengan ibu mertua Trisha. Setiap kali berjumpa, Trisha lebih banyak mendengar celotehnya kerana Trisha memerlukan masa untuk mencari topik sesuai hehehe... Tapi Trisha kagum dengan kekuatan dan ketabahan ibu mertua Trisha dan paling penting masakannya memang sedap terutama rendang daging kerbau. Trisha juga menyanjunginya walaupun tidak pernah Trisha ucapkan kerana Trisha masih lagi kekok walaupun sudah masuk tahun ke 5 Trisha mengahwini anaknya ; Trisha menyanjunginya kerana sebab dia dan bapa mertua , Trisha berpeluang mengenali dan berkahwin dengan seorang lelaki yang cukup hebat ...mengapa dan kenapa Trisha kata begitu , biarlah Trisha simpan dalam hati kerana Istimewanya Abang biarlah Trisha saja tahu kenapa dan mengapa ... Terima kasih Mak Terima Kasih Abah...Trisha sayangkan kalian berdua ...

Sesiapa Yang Sedang Mencari-cari Peluang Bisnes, Mungkin Anda Berminat Untuk Melihat Blog-blog Trisha Berkaitan ..

http://www.mastereloadtrisha.blogspot.com
- BIZ PREPAID PALING SYOK


http://www.cantik2u.com/ainol
- MIRACLE FLUSK CANTIK2U


http://www.riqzmie-mall.blogspot.com
- COKLAT MINDA UNTUK KHASIAT PENYUBUR MINDA

Labels:


Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan fallen @ 10:38 AM |

Thursday, August 28, 2008

BERADA dalam persekitaran yang in bermaksud bercampur dengan kanak-kanak popular, dijemput ke majlis-majlis keramaian atau mengenakan fesyen terkini.

Dengan kecanggihan dunia teknologi maklumat, telefon bimbit sudah menjadi kaedah terbaru untuk remaja berhubung. Jadi, jika anak anda tidak mempunyai sebuah telefon bimbit, dia mungkin kelihatan seolah-olah ketinggalan zaman.

Biar pun anak perempuan mungkin akan menyifatkan keperluannya untuk memiliki sebuah telefon bimbit sebagai cool, kebanyakan ibu bapa lebih mementingkan soal keselamatan ketika membeli sebuah telefon bimbit.

Sebelum anda membeli telefon, mungkin anda perlu pertimbangkan juga faktor usia anak, kos telefon bimbit dan perkhidmatannya.

Anda juga perlu memastikan adakah anak anda cukup matang untuk mematuhi peraturan atau etika yang ditetapkan.

Biar pun belum ada formula tepat untuk menggunakan telefon bimbit, purata umur mereka yang memperoleh telefon bimbit adalah antara 14 hingga 16 tahun.

Untuk mengenal pasti sama ada anak anda memerlukan sebuah telefon bimbit atau pun tidak, pertimbangkan juga gaya hidupnya.

Jika dia banyak menghabiskan masa di rumah atau di depan komputer, menonton televisyen atau bergayut pada telefon, maka, telefon bimbit mungkin bukan satu keperluan.

Pada masa yang sama, jika tumpuannya banyak dihabiskan untuk latihan-latihan bersukan atau aktiviti selepas waktu bersekolah, anda mungkin memerlukan telefon bimbit untuk berhubung.

Dewasa ini, telefon-telefon bimbit dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tambahan. Antaranya kamera, pemain video, perakam dan sebagainya.

Telefon bimbit kini membolehkan anda memuat turun lagu, menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) mahu pun melayari laman-laman web.

Namun, pastikan anda tidak dikejutkan dengan bil telefon yang diterima. Letakkan beberapa syarat penting.

Pastikan anda memberitahu anak tentang perkhidmatan telefon yang anda bayar dan yang perlu ditanggung oleh anak.

Mungkin perkhidmatan prabayar alternatif terbaik untuk memastikan kos panggilan tidak melebihi kemampuan masing-masing.

Jangan sesekali membuat andaian bahawa anak perempuan tahu etika menggunakan telefon bimbit.

Ramai di kalangan orang dewasa juga menghadapi masalah dalam soal ini. Jadi, tidak mustahil jika anak anda masih memerlukan bantuan ibu bapa dalam aspek ini.

Tunjukkan kepada anak bahawa telefon perlu ditutup apabila berada di tempat-tempat yang boleh menganggu orang lain khasnya di panggung wayang, rumah ibadat dan bilik darjah.

Anak juga perlu dinasihatkan supaya tidak bergayut di telefon.

Keselamatan telefon bimbitKebanyakan ibu bapa akan menyimpan telefon bimbit anak mereka untuk memastikan ia selamat. Tetapi, tindakan menggunakan telefon bimbit untuk menghantar dan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) atau imej adalah sama dengan menggunakan sebuah komputer.

Telefon bimbit turut mendedahkan kanak-kanak kepada risiko spam, jenayah dalam talian, pembuli siber dan virus-virus telefon.

Maklumat-maklumat dalam telefon bimbit dengan mudahnya mendedahkan anak kepada risiko ini jika ia turut dibekalkan dengan kemudahan Internet.

Setakat ini, perisian pelindung virus masih banyak yang perlu dipertingkatkan kualitinya.

Jadi, ibu bapa perlu lebih peka terhadap keselamatan anak apabila menggunakan kemudahan Internet menerusi telefon bimbit.

BERIKAN PERINGATAN DI BAWAH KEPADA ANAK:

* Jangan sesekali memberi nombor telefon kepada orang yang tidak dikenali.

* Elakkan membalas SMS kepada penghantar yang tidak dikenali.

* Hanya melayari laman-laman web yang dibenarkan ketika menggunakan komputer di rumah.

* Belajar cara menghalang panggilan yang tidak dikehendaki.

* Gunakan alat bebas tangan ketika memandu.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.girlscouts.org.

Trisha kata : Trisha memandang telefon bimbit ini sebagai KEPERLUAN tidak lagi aksesori seperti dulu. Sekarang , boleh dikatakan amat sukar untuk mendapat Telefon Awam kalau adapun tidak berfungsi dengan baik. Jujurnya, Syahmie berusia 2 tahun pun Trisha dah sediakan sebuah telefon bimbit siap dengan simcard yang diaktifkan kerana kadang-kadang bila Syahmie pulang ke kampung tanpa Trisha ada masanya dia sibuk nak call Trisha jadi mudah kalau dia ada handphone sendiri hehee..nampak tak praktikal tpi Trisha rasa praktikal ..sbb Syahmie suka telefon Trisha banyak kali ...
Tapi Trisha tidak sekali2 bercadang hendak memberikan Syahmie hp yang terlalu lengkap ; asalkan asasnya buat/terima call dan hantar/terima sms itu ada cukuplah ..tak perlu kamera tak perlu video ...tak perlu internet sampai Syahmie sudah mengerti akan tanggungjawab memiliki sebuah handphone ...
Lagipun dengan kes budak hilang/culik tidak dijumpai , kita perlu menyediakan Payung Sebelum Hujan ... sekiranya anak di sekolah , mungkin ada harinya kita tidak dapat menjemput dia seperti biasa atau terlewat sedikit , jadi anak-anak ini perlu diberitahu dan dimana mereka perlu menunggu kita ...kerana ada kemungkinan mereka akan menunggu di tempat-tempat yang kurang selamat ; kurang orang etc ...
Apapun isu anak-anak membawa handphone ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar lagi bukan sekadar hendak mengekang negatif sahaja ... macam Trisha katakan tadi , rasanya bekalkan handphone yang ada asasnya sahaja sudah memadai ..apabila semua kawan di sekolah pun begitu jadik tidak timbul isu ikut trend semasa...sekarang kita bercakap tentang KEPENTINGAN KESELAMATAN ANAK ... perkara yang tidak boleh diambil mudah seperti zaman sebelum 90an dulu ...

Sesiapa Yang Sedang Mencari-cari Peluang Bisnes, Mungkin Anda Berminat Untuk Melihat Blog-blog Trisha Berkaitan ..

http://www.mastereloadtrisha.blogspot.com - BIZ PREPAID PALING SYOK

http://www.extrememanworld.blogspot.com - PLAN MANTAP PRODUK HEBAT INCOME LUMAYAN SYARIKAT TERKENAL

Labels: ,


Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan fallen @ 9:46 PM |

Tuesday, August 26, 2008

24 Ogos 2008 (Ahad) , Trisha sekeluarga telah menghabiskan masa melayani anak-anak di Pusat Permainan One Utama. Sebenarnya acara ini adalah untuk meraikan ulangtahun ketiga anak buah sulung Trisha yang macho tetapi sebenarnya manja sangat orangnya , Ariq hehehe...

Mula-mula kami masuk ke Pusat tersebut, Syahmie tidak mahu langsung berenggang langsung dari Trisha ... apatah lagi melihat ramai budak2 yang lebih besar sedang sibuk mengutip dan mengisi bola2 ke dalam penyedut. Kami memanjat hingga aras tertinggi di mana diletakkan alat-alat menembak bola seperti mesingan ..heheh Trisha pun tk pasti apa nak panggil tu ..tpi keadaan memang tk ubah seperti di medan peperangan di mana masing2 beriya-beriya menembak bola ke arah satu sama lain ... dalam kes ini , Ariq dan Syahmie tidak berpeluang sebab ianya agak tinggi...

Akhirnya , kami turun semula ke aras bawah , dan mengambil peluang bermain pelbagai permainan yang ada di situ ... dan setelah setengah jam , Syahmie sudah mula boleh menyesuaikan diri dan tidak lagi mengekori Trisha hehehe ...

Puas bermain , sebelum pulang kami sempat makan di kafe sekadar mengalas perut dan kemudiannya betul2 makan di McDonald hehehe ...

Foto-foto berkaitan ada di blog adik Trisha , klik SINI

Sesiapa Yang Sedang Mencari-cari Peluang Bisnes, Mungkin Anda Berminat Untuk Melihat Blog-blog Trisha Berkaitan ..

http://www.mastereloadtrisha.blogspot.com - BIZ PREPAID PALING SYOK

http://www.extrememanworld.blogspot.com - PLAN MANTAP PRODUK HEBAT INCOME LUMAYAN SYARIKAT TERKENAL

Labels:


Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan fallen @ 1:28 AM |








Urutan bayi bukan sahaja meningkatkan tumbesaran fizikal malah mengikat kasih sayang. Wartawan NOOR HASLIZA NUSI telah menemui keistimewaannya.

SENTUHAN manja jari-jemari ke seluruh tubuh membuatkan si kecil seolah-olah mengerti apa yang berlaku. Walaupun tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata, kerlipan mata dan tangisan mengiakan semua itu.

Benar, sentuhan ibu penuh keajaiban. Selain menyusukan bayi, usapan lembut tangan wanita itu memberi kesan mendalam dari segi emosi dan komunikasi ibu dan anak.

Senarionya, urutan tradisional sememangnya telah lama diamalkan oleh masyarakat hari ini khususnya golongan dewasa. Kesan positifnya pada kesihatan pengamalnya sememangnya diakui.


Kini, urutan ke atas kanak-kanak juga sudah mula diterima. Urutan merupakan terapi semula jadi yang seharusnya dijadikan rutin harian para ibu dalam membesarkan anak-anak.

Ia membantu mereka menjadi lebih sihat selain memberi kebaikan dari segi perkembangan fizikal dan mental.

Meskipun kebaikan urutan bayi telah diketahui sejak dahulu lagi oleh ramai komuniti, tetapi dokumentasi berkaitan urutan bayi terutama kesan psikologinya cuma dikemukakan oleh seorang pakar psikologi, Ruth Rice pada tahun 1975.

Sebelum ini, beberapa jururawat Hospital Bellevue di Amerika Syarikat telah berjaya mengurangkan kadar kematian bayi daripada 30 peratus hingga 10 peratus hanya dengan belaian dan sentuhan.

BAYI kadang-kadang menangis sebagai respons terhadap urutan.

Di Malaysia, kaji selidik yang dilakukan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada tahun 2002 mendapati urutan memberi kesan terhadap peningkatan berat badan bayi terbabit.

Manakala kajian yang lebih komprehensif dilakukan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Sentuhan dari Sekolah Perubatan Universiti Miami, AS, Dr. Tiffany Field pada tahun 1997.

Beliau berjaya mengenal pasti bahawa terapi sentuhan boleh membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan meningkatkan berat badan mereka dengan lebih cepat.

TERAPI sentuhan merupakan ekspresi kasih sayang yang begitu menakjubkan oleh ibu terhadap bayinya.

Beliau juga mendapati urutan ke atas kanak-kanak yang menghidap penyakit asma mengembalikan pernafasan yang baik. Kanak-kanak diabetes pula memberi respons yang berkesan terhadap rawatan tersebut, selain dapat tidur lebih lena.

Menurut pakar pediatrik, Datuk Zulkifli Ismail, bagi bayi yang lahir cukup bulan pula, urutan bukan sahaja membolehkan mereka mengurangkan tekanan dan membantu mereka bertenang, bahkan turut menyediakan beberapa pemulihan yang lain.

"Proses urutan dikatakan dapat meningkatkan fleksibiliti, membina dan mempercepatkan proses pembinaan tulang yang sihat serta membantu memperkuatkan daya ketahanan badan untuk melawan penyakit.

"Selain daripada tanda-tanda fizikal yang jelas seperti kulit bayi yang lembut dan rambutnya yang lebat, terapi sentuhan juga merupakan ekspresi kasih sayang yang begitu menakjubkan oleh ibu terhadap bayinya," ujar bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia ini lagi.

Menurut beliau, urutan bayi seelok-eloknya bermula sebaik saja bayi dilahirkan. Cara urutan dilakukan pula, jelasnya, terpulang kepada keselesaan bayi tersebut.


Para ibu boleh melakukannya sama ada dari pergelangan tangan dahulu mahupun badan si bayi, sehinggalah ke kakinya. Dan terpulang kepada si ibu untuk menggunakan minyak bayi ataupun tidak.

Apakah perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu dalam melakukan urutan? Kata Zulkifli, ia seharusnya dilakukan dengan kerjasama sepenuhnya daripada bayi tersebut.

"Mengurut bayi merupakan satu aktiviti terapeutik, iaitu berkenaan dengan seni pemulihan atau menyembuhkan penyakit. Ia boleh dilakukan melalui perasaan sayang di samping mewujudkan suasana bergurau senda.

"Ingat, anda bagaikan satu cermin pada bayi anda. Dia akan mengikut tingkah laku anda, jadi pastikan anda bersedia dan berada dalam suasana tenang sebelum memulakan urutan.

"Kadang-kadang, bayi mungkin akan berasa letih, maka tiada urutan diperlukan. Dia mungkin ingin berehat.

"Jadi, cubalah mengurut bayi anda selepas bangun daripada tidur," kata Dr. Zulkifli pada majlis pelancaran siri bengkel Urutan Bayi Touch, anjuran Johnson's Baby di Subang baru-baru ini.

JOHNSON'S BABY telah memperkenalkan seni urutan bayi sejak 13 tahun lalu.

Lakukan selepas mandi

MENYEDARI urutan memberi manfaat kepada ibu dan bayi, satu kempen dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran terhadap pengamalannya.

Pengarah Pemasaran Jonhson&Johnson, Standard Guo memberitahu, kajian fisiologi dan psikiatri moden membuktikan bahawa mengurut bayi atau terapi sentuhan mampu membawa perubahan positif terhadap tumbesaran dan perkembangan bayi.

“Menyedari amalan ini penuh dengan kebaikan, Johnson’s Baby telah memulakan inisiatif untuk membina kesedaran dan membimbing golongan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan akan kebaikan dan cara-cara mengurut bayi, khasnya di rantau Asia Pasifik sejak 13 tahun lalu.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah membantu para ibu memperoleh kelebihan dalam perkembangan mental dan fizikal anak-anak mereka.

“Ia sekali gus menjadikan amalan urutan tersebut sebagai satu cara untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak,” katanya.

Menurut Shahariah Amuni, 39, urutan bayi sememangnya memberi kelebihan.

“Urutan ini bukan sahaja dapat menenangkan fikiran si ibu malah mengurangkan tekanan.

“Berbanding sebelum ini, apabila saya meletakkannya ke dalam buaian, dia terus bangun.

“Tetapi selepas mengamalkan urutan yang diperkenalkan Johnson’s Baby, saya dapati anak saya dapat tidur dengan nyenyak.

“Selain itu, dia yang baru berusia sebulan menunjukkan perkembangan positif selepas urutan dilakukan ke seluruh badannya,” katanya yang mengamalkan urutan selepas memandikan anak.

Rohana Mohd Desa, 32, pula berkata, walaupun baru belajar cara-cara urutan bayi, anaknya memberi tindak balas yang begitu memuaskan, walaupun pada mulanya dia seperti kurang selesa.

“Dulu setiap kali hendak diurut, dia menangis dan kurang selesa. Setelah mengamalkannya setiap hari dan dijadikan sebagai aktiviti hariannya, dia seolah-olah menganggap ia satu rutin dalam hidupnya,” katanya.



Trisha kata ; Memang Trisha akui bahawa sentuhan adalah salah satu cara terbaik untuk merangsang minda dan saraf bayi ... jadi tidak hairanlah bilamana bayi yang sering dipeluk, dibelai , dicium dan digomol kelihatan lebih riang , ceria dan cerdas. Begitu besarnya nilai sentuhan untuk merangsang aura positif si manja ...

Sesiapa Yang Sedang Mencari-cari Peluang Bisnes, Mungkin Anda Berminat Untuk Melihat Blog-blog Trisha Berkaitan ..

http://www.mastereloadtrisha.blogspot.com - BIZ PREPAID PALING SYOK

http://www.extrememanworld.blogspot.com - PLAN MANTAP PRODUK HEBAT INCOME LUMAYAN SYARIKAT TERKENAL

Labels:


Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan fallen @ 1:19 AM |

Tuesday, June 03, 2008

Hari ini, Trisha tertarik untuk berkongsi artikel KOSMO tentang belajar di rumah. Trisha sedar akan trend ini , ada ibubapa mengambil langkah proaktif meninggalkan sementara karier yang dimiliki untuk memastikan anak-anak mendapat yang terbaik sehingga sampai ke tahap pembelajaran anak-anak dilakukan sendiri.

Tetapi sebelum itu, memandangkan Trisha ini amat cetek ilmu belum terdedah sangat dalam konsep sebegini, pelbagai soalan menerjah minda di antaranya:
a) Memang tidak dinafikan tiada tekanan belajar di rumah TETAPI bagaimana nanti anak-anak hendak melangkah ke alam pekerjaan yang penuh dengan ragam termasuk tekanan tempat kerja, kerja itu sendiri, persekitaran dan manusia yang pelbagai. MAMPUKAH mereka menangani dan mengatasi tekanan sedemikian memandangkan sedari kecil mereka berada di dalam persekitaran yang selamat dan teratur?

b) Trisha sukakan konsep mendidik anak mengikut minat mereka TETAPI adakah ini akan memungkinkan menjadikan mereka insan fokus pada beberapa perkara sahaja dan TIDAK mampu menjadi serba boleh?

Walaubagaimanapun, Trisha akan mencari masa untuk mengkaji trend ini...

TIADA TEKANAN DI RUMAH
Kanak-kanak ini tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah, namun mereka juga mempunyai pencapaian setaraf dengan kanak-kanak lain yang ke sekolah. Bagaimana?

Mereka seperti kanak-kanak biasa. Suka bermain, bergaduh dan membuat hal-hal yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu. Sikap mencuba dan kehendak untuk mempelajari sesuatu kemahiran dalam keselesaan sendiri, membuka ruang kepada kanak-kanak ini untuk mengenali hampir setiap jenis perkara yang diminati.

Ini boleh diperluaskan dari aspek akademik hinggalah aktiviti kokurikulum seperti bermain alat muzik, sukan, seni mempertahankan diri, membuat kebajikan, mengambil kelas bahasa tambahan dan bermacam-macam lagi kegiatan yang tiada batasan. Jika bersekolah sepenuh masa, mampukah impian si kecil ini tercapai?

HOME SCHOOLER didedahkan kepada aktiviti yang membina kemahiran

Dari luaran, kanak-kanak ini adalah sama seperti kanak-kanak yang ke sekolah. Namun, kanak-kanak yang tidak ke sekolah tetapi belajar di bawah bimbingan ibu bapa atau tenaga pengajar profesional dikenali sebagai home schooler atau belajar di rumah. Dalam erti kata lain, home schooler tidak pernah menjejak kaki di perkarangan sekolah kerajaan sekalipun swasta atau pernah bersekolah. Jika pun mereka pernah ke sekolah biasa, mereka memilih untuk berhenti atas sebab-sebab tertentu.

Antara alasannya ialah kanak-kanak ini menganggap didikan atau tunjuk ajar yang betul dan mencapai standard yang dikehendaki boleh didapati di rumah?

Penulis buku, Learning Beyond Schooling, Chong Wai Leng, 43, dengan tegasnya menyatakan bahawa ibu bapa seharusnya menggubah cara kita mendidik si kecil dan menukar cara kita memahami keperluan pada hari kemudian nanti.

"Kita tidak patut menunggu untuk perubahan kerana tempoh pembesaran amat singkat," ujar Wai Leng.



KOH YU LING (dua dari kanan) mendidik anak-anaknya mengikut kehendak dan minat mereka di rumah.

Menurutnya, golongan ibu bapa akan gagal sekiranya tanggungjawab besar itu dilepaskan hanya kepada sekolah.

Malah, ibu bapa juga tidak berasa puas hati dengan hanya memeriksa buku laporan sahaja!

Kandungan buku sulungnya lebih mengutarakan objektif untuk memetik beberapa isu yang timbul. Dia juga bersetuju bahawa penggubalan sistem ini akan memakan masa yang lama dan wajar dilakukan dengan pemikiran yang terbuka oleh pakar.

AMRITA (kiri) dan Samantha seronok belajar di rumah dan begitu menggemari muzik.

Antara pengisian buku ini ialah pengalaman dan perkongsian ibu bapa yang menghadapi pelbagai cabaran dan saat genting ketika anak-anak meronta enggan kembali ke sekolah.

Bagi pasangan Koh Yu Ling dan Leong Yeng Khuen, masalah yang ditempuhi tidak jauh berbeza.

Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata. Anak sulung, Leong Jian Yi, 10, bertukar menjadi seorang yang pendiam dan pemalu sebaik memasuki alam persekolahan di negara seberang.

"Ketika itu, kami tinggal di Singapura. Daripada seorang kanak-kanak yang periang dan ceria, dia banyak mengadu mengenai tekanan yang dihadapi di sekolah terutamanya dengan rakan sekelas," kata Yu Ling.

Memandangkan anaknya tidak mendapat manfaat di sekolah, dia mengeluarkannya dari sekolah tersebut setahun setengah kemudian.

Sejak itu, Yu Ling yang juga bekas guru sains, melihat perkembangan positif ke atas anaknya yang belajar di bawah pemerhatiannya di rumah.

"Setiap hari dan waktu, saya meluangkan masa yang berfaedah dengannya untuk mempelajari sesuatu ilmu. Dia tidak perlu tergesa-gesa untuk mendahului kanak-kanak lain. Sebaliknya, dia belajar pada tahap dan kemampuan sendiri."

"Jian Yi juga menunjukkan minat dalam bahasa Jepun, selain mengikuti kelas Aikido," ujar Yu Ling dengan penuh bangga sambil memandang ke arah Jian Yi yang sibuk bermain scrabble di atas lantai.

Meskipun masih agak pemalu tetapi mesra, si kecil ini mungkin boleh diberi antara gelaran pemilik laman blog termuda di Malaysia.

CHONG WAI LENG melancarkan buku Learning Beyond Schooling di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dia akan mengemaskinikan lamannya hampir setiap hari dengan bercerita tentang kehidupan sehariannya di http://princezzkaren.blogspot.com.

"Sebagai ibu, saya berasa gembira dengan perubahan ini dan dia sememangnya teruja," sambung Yu Ling yang tidak berhasrat untuk menghantar anaknya menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia sudahpun merancang dengan teliti masa depan Jian Yi dan anak-anak lain yang akan belajar di kolej swasta dan bukan universiti tempatan. Keputusan Yu Ling ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kumpulan penyokong FamilyPlace.

FamilyPlace merupakan sebuah laman komuniti yang membincangkan isu-isu berkenaan keibubapaan dan soal pembelajaran anak-anak.

Ia diasaskan oleh Wai Leng bersama suaminya, Soon Koi Voon. Mula diperkenalkan pada tahun 1998, kini laman yang memperoleh Skim Geran Aplikasi Demonstrator daripada Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan dari tahun 1999 hingga 2000, mempunyai kira-kira 1,000,000 pengunjung dalam sebulan.

Di samping Malaysia, 30 peratus daripada pelayar datang dari Singapura, Australia dan tidak ketinggalan Amerika Syarikat (AS). Sebahagian daripada 4,000 ahlinya juga telah mempraktikkan pendekatan pembelajaran alternatif iaitu Home Schooling. Di AS sahaja, catatan rekod menunjukkan bahawa seramai 1.1 juta kanak-kanak menjalani pendekatan Home Schooling pada tahun lalu.

"Home Scholling bukan satu konsep baru. Ia wujud sejak sekian lama. Walaupun penerimaannya agak perlahan di Malaysia tetapi amat memberangsangkan.

Pada awalnya, ramai membantah, namun realitinya akan datang juga," jelas Wai Leng yang mempunyai tiga orang anak yang belajar di rumah.

Yang paling tua ialah Amrita Soon Hui Yang, 12, diikuti Samantha Soon Hui Zhen, 11, dan Arian Soon Li, 4. Ditanya mampukah anak-anaknya lulus dengan baik sekiranya diletakkan di sekolah? Wai Leng menambah, Samantha pernah mendaftar di sekolah pada tahun empat dan muncul sebagai pelajar terbaik di dalam kelas dan tahunan.

Bagaimanapun, dia meminta untuk berhenti sebaik merasai tekanan pada tahun lima untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun berikutnya.

Sementara itu, FamilyPlace yang baru menyambut ulang tahun ke-10, sesekali mengadakan pertemuan dan lawatan untuk memperkayakan lagi minda ahli, selain mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Mathew Salleh Palmer, 14, merupakan anak tunggal. Ibunya, Norhayati Salleh berkata, dia bersyukur kerana sekarang dia dapat meluangkan lebih banyak masa dengan anaknya.

"Ketika menguruskan bisnes keluarga, saya tetap ada masa untuk mengawasi pergerakan Mathew yang suka topik-topik berkenaan aeroangkasa dan muzik," ujarnya yang tinggal di Subang Jaya, Selangor.

Sesiapa Yang Sedang Mencari-cari Peluang Bisnes, Mungkin Anda Berminat Untuk Melihat Blog-blog Trisha Berkaitan ..

http://www.mastereloadtrisha.blogspot.com - BIZ PREPAID PALING SYOK

http://www.extrememanworld.blogspot.com - PLAN MANTAP PRODUK HEBAT INCOME LUMAYAN SYARIKAT TERKENAL

Labels: ,


Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan fallen @ 12:56 AM |

Sunday, June 01, 2008

Apa yang rakan-rakan semua fikirkan apabila Trisha menulis tajuk sedemikian?Trisha sedar ramai ibubapa hari ini sudah mula tahu menghargai imaginasi dan kemahiran anak-anak tanpa melupakan kecemerlangan akademik berbanding di tahun 80an,90an dan tahun-tahun sebelumnya yang mana kecemerlangan akademik merupakan sesuatu yang hakiki dan kemestian.

Trisha sudah mula membacakan buku-buku cerita untuk Syahmie ... antaranya The Crow and the pitcher, cerita-cerita bersiri POOH .. salah satunya Oh bother!Someone is afraid of the dark ... buku nie bila sampai je page ada gambar POOH dan Piglet solving jigsaw puzzle, Syahmie terus ajer minta Jigsaw Puzzlenya ... setelah hampir 2 minggu Syahmie bermain-main Puzzle Wild Animals ... now Syahmie sudah boleh menyelesaikan hampir 85% daripadanya ... 15% bukannya tak boleh tapi biasa lar budak-budak nie bila ada masanya dia rasa bosan dan mahu berhenti ... Trisha akan simpan puzzle yang tak siap tue dan sambung balik nanti ...tapi biasanya bila time sambung balik Syahmie akan buka lagi beberapa keping puzzle ...jadik bertambah lagi kepingan yang perlu disiapkan hehehee... 48 pieces ... Syahmie betul-betul jaga Jigsaw..tak mau ada yang hilang...kesian Izzati setiap kali dia datang sure Abang Syahmie nya sorokkan Jigsaw tu daripada dia ...nantilah bila Izzati dah matang sikit Trisha akan ajar dier main gak ...

Oh ya bercerita pesal Ariq...percutian 3 minggu di kampung benar-benar membuatkan dia seronok dan berat badan pun bertambah..huhu gerammnya Trisha tengok dia...sedap peluk you! Dia nie sukakan aktiviti seperti meleraikan brang-barang dan memasangnya semula... dan suka sangat menulis / melukis jadi Trisha lebih fokus aktiviti seperti ini dengan dia...

Okaylah Trisha mahu berkongsi artikel yang Trisha ambil dari Harian Metro hari ini...dan mana tau ada ibubapa yang mempunyai pendapat atau cerita yang boleh kita kongsi bersama ...

IMAGINASI 'GILA' JADI KENYATAAN
DI satu sudut, kelihatan Molly Mchoney, 5, leka melukis gambar kartun kegemarannya meskipun lakaran itu kelihatan comot dan warnanya tidak sekata.

Rakan sekelasnya pula, David Fillon bersungguh-sungguh menyiapkan kapal terbang tanah liat yang sudah bercampur aduk dengan pelbagai warna.


Di Barat, senario itu bukan luar biasa kerana pelajar biasanya diberi kebebasan mencipta kreativiti sendiri manakala guru hanya memantau keselamatan mereka.

Jarang guru menegur atau memberi kata 'jangan' sebaliknya pelajar bebas melakukan apa saja aktiviti.

“Ini satu cara masyarakat menghargai dan menyokong pelajar muda yang mahu menggunakan kreativiti sendiri mencipta masa depan. Sewajarnya, senario ini bukan saja mendapat sokongan, malah memberi peluang masyarakat menilai kemampuan golongan ini.

“Bukan mudah mencipta kreativiti jika tidak dimulakan sejak awal. Jika mereka ada kecenderungan dan institusi pendidikan boleh menawarkannya, mengapa perlu diper soalkan tindakan itu.

“Masyarakat hari ini memerlukan pelajar bukan saja bijak dalam akademik, tetapi mempunyai kreativiti tinggi dalam melakarkan imaginasi. Mungkin kedengaran lucu kerana mampukah pelajar kecil ini berimaginasi di luar minda, tapi jangan terkejut, mereka boleh melakukannya seiring pe ningkatan usia,” kata pakar psikologi dan pendidikan, Judith Patton.

Di tengah kekalutan pelbagai pihak menekankan kepen tingan akademik sebagai asas untuk cemerlang, kebanyakan pakar pendidikan berpendapat, akademik bukan kepentingan utama untuk berjaya dalam hidup atau memperoleh peluang pekerjaan.

Mereka berpendapat, daya imaginasi dan kreativiti dalam melaksana atau membuat sesuatu adalah lebih penting kerana pelajar bukan saja berupaya mengembangkan ilmu tapi menggunakan kapasiti otak untuk berfikir.

Menurut Judith, tidak ramai yang mahu atau tahu meng gunakan daya kekuatan otak untuk berfikir secara kreatif dan kritis sebaliknya lebih suka menggunakannya untuk me ngingati.

“Cara pembelajaran bukan sekadar membaca, menulis, mengingati fakta atau formula, tapi lebih daripada itu. Bayangkan kalau fungsi minda hanya digunakan bagi aktiviti terbatas, sudah tentu tiada perkembangan pantas dalam pelbagai penciptaan.

“Percaya atau tidak, kebanyakan teknologi moden kini adalah hasil imaginasi ‘gila’ masyarakat terdahulu. Contohnya kapal terbang, siapa sangka imaginasi adik beradik Wright akhirnya menjadi kenyataan.

“Mereka tidak bijak tapi menggunakan imaginasi dan idea menghasilkan kejayaan. Begitulah juga jika kita ingin me lahirkan generasi cemerlang dan berjaya. Bersandarkan pada kepandaian akademik semata-mata belum tentu boleh men jamin masa depan,” katanya.

Meskipun ada segelintir pakar pendidikan berpendapat tidak boleh menyamakan situasi atau penggunaan cara pendidikan dulu dan sekarang, segelintir pula dengan tegas mengatakan gabungan kedua elemen iaitu akademik dan kreativiti sangat penting.

Menurut mereka, sistem pembelajaran harus berkembang dan tidak bersikap statik kerana ia akan mewujudkan suasana pelajar pasif. Guru pula seharusnya berperanan sebagai pemerhati dan pemberi bimbingan.

“Tidak dinafikan guru mempunyai peranan besar dalam mencorakkan kejayaan pelajar, tapi seharusnya bebanan itu dikongsi bersama. Maksudnya, guru berusaha memberi ilmu yang boleh merangsang minda, manakala pelajar pula ber sungguh-sungguh membuktikan keupayaan mereka.

“Menerusi cara itu, kedua-duanya mendapat manfaat. Guru tidak mengalami bebanan atau tekanan emosi kerana perlu menjadikan pelajar cemerlang dalam akademik, manakala pelajar pula semakin yakin dengan kemampuan sendiri.

Pada masa sama, mereka juga berpendapat ia mampu meringankan bebanan secara fizikal dan emosi sekali gus meningkatkan prestasi serta kualiti diri.

“Bayangkan, jika anda dipaksa belajar berjam-jam tanpa diberi kesempatan merehatkan minda, adakah anda mampu menghadapinya?

Kami berpendapat, dengan menyelitkan waktu senggang untuk pelajar berehat dan melakukan aktiviti kesukaan, ia mampu memberi impak besar dalam pembelajaran mereka.

“Pada masa sama, ia meningkatkan keunggulan diri atau minat yang tersembunyi. Siapa tahu, jika mereka tidak mampu cemerlang dalam akademik, masih ada lagi elemen boleh membantu.

“Jika tidak dicungkil dan hanya memberi tumpuan pada akademik, ia akan menggelapkan masa depan mereka yang kurang minat belajar,” katanya.

Meskipun perdebatan mengenai topik berkenaan sering berlaku, mereka mengaku bahawa akademik berbentuk il miah juga penting diberi penekanan untuk mengimbangi tuntutan fizikal, emosi dan dunia.

“Kami bukan hanya mahu pelajar atau sistem pendidikan memberi tumpuan pada satu aspek saja, tapi biarlah secara menyeluruh supaya dapat saling mengimbangi.

“Keduanya bukan digunakan pada waktu ini tapi apabila melangkah ke peringkat lebih tinggi. Alangkah bagus jika mereka cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan hasil kombinasi cemerlang antara akademik dan kreativiti,” katanya.

Sesiapa Yang Sedang Mencari-cari Peluang Bisnes, Mungkin Anda Berminat Untuk Melihat Blog-blog Trisha Berkaitan ..

http://www.mastereloadtrisha.blogspot.com - BIZ PREPAID PALING SYOK

http://www.extrememanworld.blogspot.com - PLAN MANTAP PRODUK MANTAP SYARIKAT TERKENAL

Labels: ,


Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan fallen @ 8:36 PM |

Friday, May 30, 2008

ANAK adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pa sangan suami isteri, kerana dengan kelahirannya menam bahkan kasih sayang seisi keluarga. Lebih penting, anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas ibu bapanya kembali bertemu Allah.

Mereka juga akan mewarisi apa yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia. Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan ‘the little caliph’ (khalifah kecil).


Dalam Islam, anak adalah harta paling berharga dimiliki seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Anak juga adalah satu faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti ditegaskan dalam satu hadis di riwayatkan Ahmad, Bukhari dan Muslim. “Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga.”

Anak kecil bukan saja memerlukan penjagaan rapi, malah kasih sayang ibu bapa. Sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi s.a.w ada bersabda yang di riwayatkan Ibn Asakir dan Suyuthi, bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengan nya.”

Nabi s.a.w sendiri sangat mengasihi anak. Baginda me nyifatkan anak dengan pelbagai kemuliaan, seperti bau dari syurga, malah sebagai penghalang daripada penurunan azab, sebagaimana dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Suyuthi:

“Kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada, nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu.”

Malah, anak adalah faktor kemuliaan dan keagungan ibu bapa seperti dinyatakan dalam hadis, bermaksud: “Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah ke luarga itu.” (Hadis riwayat Tabrani).

Tetapi mutakhir ini, ada ibu bapa yang tidak mengasihi anak mereka, malah tergamak meninggalkan anak mereka tanpa memikirkan nasib yang bakal dialami. Lebih teruk ada yang sanggup membuang anak di tepi jalan, parit dan sungai, langsung tidak membayangkan sifat belas kasihan.

Apakah sifat dan tindakan manusia sebegini mencerminkan budaya masyarakat Arab zaman jahiliah dulu, yang bersikap zalim terhadap kanak-kanak apabila sanggup menanam anak mereka?

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata jika diperhatikan fe nomena pembuangan dan pembunuhan anak yang berlaku hari ini kadangkala lebih teruk daripada peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah.

“Mengapa tidak? Pada zaman jahiliah dulu mereka mem bunuh anak perempuan saja, malah menanamnya di tim bunan pasir, tetapi sekarang tidak kira anak itu perempuan atau lelaki, dibuang serta dibiarkan mati begitu saja, malah ada yang mati di dalam parit, longkang dan sungai,” ka tanya.

Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian sehingga meragut nyawa si anak dihukum membunuh dan tindakan itu adalah berdosa besar.

“Membuang bayi baik di dalam kandungan atau selepas dilahirkan adalah haram dan berdosa besar, dihukum ke salahan membunuh,” katanya.

Islam amat menghormati nyawa seseorang manusia, sama ada ia masih di dalam janin, usia bayi atau sudah dewasa, semuanya perlu dipelihara dan dihargai. Sebarang pem bunuhan tanpa hak dilarang sama sekali dan dikenakan hukuman berat.

Baginda s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Dalam mem bunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau pe rempuan.” (Muttafaqun Alaih)

“Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hu kuman ke atasnya kerana membunuh orang lain atau kerana melakukan kerosakan di muka bumi, maka sesungguhnya ia membunuh semua manusia“ (an-Nisa’: 32)

Allah mengharamkan pembunuhan terhadap orang lain dan mengharamkan juga perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, Islam juga mengharamkan perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan diri sendiri.

Gejala buang bayi makin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi dengan kehidupan dan pergaulan muda-mudi yang terlalu bebas. Bayi dibuang kononnya sebagai jalan keluar bagi kemelut masalah yang dihadapi atau sekurang-kurangnya bagi menutup malu, sedangkan sebaliknya ia terus me ngundang masalah.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, dipetik berkata, aspek kekangan ekonomi dan ku rangnya pendidikan agama turut menyumbang kepada ma salah yang semakin meruncing itu.

Beliau berkata, sejak 2004 hingga 2007, sejumlah 304 kes bayi dibuang dilaporkan di seluruh negara, daripada jumlah itu 117 bayi lelaki, bayi perempuan (96) dan 91 bayi lagi tidak diketahui jantina kerana sudah reput.

“Kementerian berpendapat cara terbaik untuk menangani isu ini ialah dengan memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga kese lamatan kanak-kanak serta mengamalkan prinsip kema nusiaan,” katanya.

Jumlah itu berdasarkan kes yang dilaporkan tidak me ngambil kira kes terpinggir, tetapi ia sudah cukup mem bimbangkan kerana jika tidak dibendung, ia akan me ngundang padah yang lebih teruk, baik kepada kehidupan sosial masyarakat mahupun kepada Islam itu sendiri.

Zamihan berkata, semua pihak perlu sedar anak yang dibuang itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kesalahan, suci bersih dan tidak berdosa, walaupun ia lahir daripada hasil persetubuhan haram.

“Anak itu tidak berdosa, tidak bersalah, tidak hina, malah tidak membawa sial atau majal kepada ibu bapa dan ke luarganya, cuma dia lahir daripada persetubuhan haram. Mereka yang salah adalah ibu bapanya, bukannya dia, tetapi kenapa dia yang menjadi mangsa?

“Sepatutnya anak itu dijaga sebaik-baiknya, diberikan kasih sayang secukupnya sebagai penebus kepada keterlanjuran terbabit dengan persetubuhan haram dan selepas itu kah winlah di samping sama-sama memberikan kasih sayang kepada anak terbabit.

“Tetapi yang berlaku sebaliknya, sudahlah salah berzina, buang dan bunuh anak pula, menjadikannya dua dosa,” katanya, sambil menegaskan membunuh bayi adalah dosa besar dan mereka yang terbabit perlu segera bertaubat.

“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?” (at-Takwiir: 8-9)

Pada masa ini, Kanun Keseksaan memperuntukkan hu kuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi, namun undang-undang itu tidak memperuntukkan hukuman terhadap lelaki yang ber tanggungjawab menghamilkan wanita dituduh membuang bayi itu.

Zamihan berkata, sudah tiba masanya semua pihak meng gembleng tenaga untuk menangani gejala memalukan itu, sekali gus memastikan keharmonian dalam kehidupan ber masyarakat terus terpelihara, terutama masyarakat Islam yang menjunjung Islam sebagai panduan hidup.

“Mengapa ini semua berlaku? Ia berlaku disebabkan tiada kefahaman terhadap tuntutan beragama, tidak memahami Islam dan hukumnya.

“Sepatutnya bagi orang yang menjadikan Islam sebagai agama dan cara hidup, memahami aturan agama itu se baik-baiknya, supaya agama yang dianuti itu boleh menjaga diri kita.

“Dari satu sudut juga, tiadanya kuat kuasa undang-undang Islam, sedangkan ia amat penting bagi menegakkan hukum agama, malah jika dilihat sekarang ini orang boleh buka aurat sesuka hati, menunjukkan tiada atau longgarnya kuat kuasa,” katanya.

TRISHA SAYS: KADANG-KADANG CUAK GAK MELIHAT SITUASI SEBEGINI...DI KALA ADA IBUBAPA MENANGISI KEHILANGAN/KEMATIAN ANAK ADA JUGA YANG BUTA MATA DAN HATI MEMBUANGNYA BEGITU SAJA ...


Sesiapa Yang Sedang Mencari-cari Peluang Bisnes, Mungkin Anda Berminat Untuk Melihat Blog-blog Trisha Berkaitan ..

http://www.mastereloadtrisha.blogspot.com - BIZ PREPAID PALING SYOK

http://www.extrememanworld.blogspot.com - PLAN MANTAP PRODUK MANTAP SYARIKAT TERKENAL

Labels:


Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan fallen @ 12:10 AM |

Wednesday, May 28, 2008

Trisha tertarik dengan artikel yang disiarkan oleh Harian Metro ... yelah kadang-kadang disebabkan oleh kesibukan dan kesuntukan waktu kita ter'alpa' akan perasaan yang tersayang tak kira lah suami atau isteri ...

Justeru, Trisha kongsikan tips yang diberikan ini, diharapkan ianya akan membantu Trisha dan rakan-rakan bloggers yang lain ...



TIBA-TIBA marah atau bermasam muka tanpa diketahui punca, antara sebab hubungan dengan pasangan berkocak.

Tidak cukup dengan itu, ada kalanya isteri mula rimas dan tidak selesa dengan suami. Puas berdehem dan berkeluh kesah namun si suami seperti tidak faham dengan reaksi sedemikian.

Apabila si suami bertanya, isteri mula semakin muncung seolah-olah ada sesuatu yang terbuku di hati. Suami sukar menelahnya biarpun usaha menegur sudah dilakukan tetapi ‘perang dingin’ bagaikan tidak berakhir di situ malah berterusan berhari-hari lamanya.

Semua ini hanya berpunca daripada suami yang lupa menghadiahkan rantai dijanjikan untuk hari ulang tahun perkahwinan mereka.


Bukan saja suami lupa membeli hadiah, malah langsung tidak ingat hari penting mereka kerana terlalu sibuk dengan urusan di pejabat.

Ikuti petua berikut untuk pasangan menilai dan mengeratkan lagi kasih sayang:

# Tiba di rumah, carilah dia terlebih dulu sebelum melakukan hal lain. Pakar keluarga mengatakan, isteri yang selalu dibelai atau dipeluk akan berasa lebih tenang, bahagia dan pastinya menjamin rumah tangga lebih bertahan lama.

# Ajukan pertanyaan khusus mengenai harinya dan tunjukkan keprihatinan anda mengenai apa yang dilakukannya.

# Berlatih mendengar dan mengajukan pertanyaan. Anda digalakkan menjadi pendengar yang baik kerana mungkin seharian di rumah serta melayan kerenah anak-anak ada kalanya membuatkan isteri pening kepala.

Si suami boleh bertanyakan mengenai aktiviti anak-anaknya menerusi isteri. Si isteri pula tentu bangga kerana anda seorang pendengar dan ketua keluarga yang baik.

# Tahan godaan untuk menyelesaikan masalahnya sebaliknya, cubalah untuk merasai situasi yang dihadapinya.

# Apabila berbicara dengannya, letakkan akhbar atau matikan televisyen dan berilah perhatian penuh pada dirinya.

# Berikan dia bunga-bungaan sebagai kejutan ataupun pada hari istimewanya misalnya pada ulang tahun hari lahir. Anda boleh menghubungi kedai bunga untuk menempah bunga-bungaan indah buat isteri tercinta.

Kejutan itu pasti membuatkan si isteri berasa bangga pada sikap suami yang begitu prihatin pada hari pentingnya.

# Rancang aktiviti bersama, jangan menunggu hingga hari minggu untuk bertanya apa yang ingin dilakukannya.

Tugas isteri (sekiranya tidak bekerja) boleh membuat pelbagai perancangan dan cadangan kepada suami. Kebijaksanaan isteri dinilai oleh suami kerana ia membantu mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.

# Ketika isteri sibuk, tawarkan bantuan padanya contohnya menyediakan makan malam atau menjaga anak.

Sekiranya ada tugas melipat kain yang baru diangkat daripada jemuran, suami boleh ringan tangan untuk melakukan tugas mudah sambil menonton televisyen bersama.

# Puji penampilan isteri. Mungkin isteri tidak meminta tetapi barangkali jauh di sudut hatinya begitu berharap apatah lagi jika suami tidak pernah menuturkannya.

Pujian bagaikan penawar yang sudah lama dinantikan kerana mungkin masakannya yang sedap pada hari itu atau penampilannya jauh berbeza daripada hari sebelumnya.

# Hargai perasaannya jika dia marah. Barangkali apa yang diluahkan ketika dia marah itu, ada kebenarannya dan suami jangan terlalu ego untuk menilai semua perbuatannya hingga memungkinkan rasa marah itu.

# Sekiranya mahu pulang lewat, telefonlah isteri dan beritahu padanya. Sifat sedemikian akan membuatkan isteri rasa lebih dihargai.

# Jika perasaannya terluka, tunjukkan simpati. Ada kalanya sikap anak-anak boleh mengguris hatinya atau perbuatan si suami membuat hatinya terguris. Sebelum lebih parah, lakukan pencegahan awal.

PESANAN TRISHA: Pencegahan lebih baik daripada mengubati

Sesiapa Yang Sedang Mencari-cari Peluang Bisnes, Mungkin Anda Berminat Untuk Melihat Blog-blog Trisha Berkaitan ..

http://www.mastereloadtrisha.blogspot.com - BIZ PREPAID PALING SYOK

http://www.extrememanworld.blogspot.com - PLAN MANTAP PRODUK MANTAP SYARIKAT TERKENAL

Labels: ,


Trisha Kyrill @ Ainol Dahlan fallen @ 8:39 PM |